Tajuk: Aku Ada
Penulis: Syu Ariani
Penerbit: Karya Seni
Tema: Aksi, jenayah, fantasi, percintaan
Ringkasan plot (**Spoiler Alert!)
Selepas terlibat dalam sebuah kemalangan ketika aktiviti perkhemahan di Ledang, Lyssa mendapati dirinya bisa mendengar suara-suara halus dan melihat roh manusia di alam ghaib. Walaupun pada awalnya dia berasa tidak selesa, Lyssa mengambil keputusan untuk menggunakan kebolehan itu di jalan kebaikan dan menolong insan-insan yang memerlukan.
Secara tak sengaja kebolehan itu telah mendedahkan penemuan satu mayat wanita yang bersangkut-paut dengan hidup Lyssa. Roh wanita itu sempat berpesan agar Lyssa tidak mempercayai Razak, Safina dan Fitri - tiga watak penting dalam hidup Lyssa sendiri. Tanpa Lyssa sedari, penemuan mayat itu juga telah meletakkan diri Lyssa dalam bahaya. Dia telah menjadi sasaran utama sepasang anak mata yang sentiasa memerhatikan di celah bayang-bayang gelap. Dalam masa sama, kemunculan roh bernama Hafiy mengundang sejuta lagi persoalan. Dia tak pernah mengenali Hafiy namun roh lelaki itu sentiasa ada dan mendampinginya penuh setia. Seolah-olah dia mahu melindungi dan menjaga Lyssa.
Memorable quotes
Bila kau celikkan mata, jangan ingat aku. BIla kau pejamkan mata, jangan lupakan aku.
Komen dan Ulasan
Bagi saya novel ni umpama gabungan 2 drama korea yang amat saya minati iaitu The Master's Sun dan The Innocent Man. Padat dengan persoalan, aksi dan misteri. Ditambah pulak dengan plot twist... memang ummph~! Nikmat! Walaupun saya dah boleh agak siapa sebenarnya Hafiy dan "Dia" dari awal cerita, saya masih rasa teruja ketika penulis mendedahkannya. Banyak juga ilmu yang saya peroleh daripada novel ni terutamanya dalam bidang psikologi.
Satu je yang tak syok. Novel ni mengandungi banyak watak kecil tapi sangat penting dalam pembentukan jalan cerita dan saya pulak baca novel ni sekerat-sekerat. Jadinya saya banyak kali lost apabila watak-watak kecil ni buat comeback pada bab-bab belakang. Kena kerah otak sikit untuk recall siapa watak-watak ni dan apa kaitannya dengan Lyssa.
Overall, bagi saya novel ni lebih kuat mysterious vibe-nya berbanding romance. Tapi romance yang disajikan tetap manis, secubit pun tak kurang gula. Saya jarang baca novel bergenre macam ni. It feels like breathe of fresh air for me.
Sekian, semoga bermanfaat!

0 comments:
Post a Comment