In Ulasan Buku

Ulasan Buku : Politik Kandang



Tajuk: Politik Kandang
Oleh: George Orwell
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Tema: Satira, politik, falsafah
Bil. Muka Surat: 150

Ringkasan plot (**Spoiler Alert!)
Tak rela terus dieksploitasi dan diperhambakan, haiwan-haiwan di Ladang Manor melancarkan pemberontakan dan revolusi besar-besaran yang menyebabkan pemilik ladang tersebut, Tuan Jones terpaksa melarikan diri. Haiwan-haiwan di ladang itu pun memulakan sistem pemerintahan dan perlembagaan tersendiri berpandukan Rukun Tujuh yang dicipta untuk memelihara keharmonian dan keadilan sesama mereka. Nama Ladang Manor juga ditukar menjadi Ladang Binatang.

Selaku haiwan paling cerdik, dua ekor babi bernama Snowball dan Napoleon mengetuai urusan pentadbiran berlandaskan sistem demokrasi yang meraikan kepelbagaian pendapat, debat dan mesyuarat. Pembahagian kerja di ladang dilakukan dengan penuh efisien berdasarkan tahap keupayaan setiap haiwan malah sistem pencen turut diperkenalkan. Kepentingan pendidikan juga dititikberatkan dengan menggalakkan haiwan-haiwan untuk belajar membaca, mengira dan menulis. Namun, kebanyakan haiwan tidak mampu menghabiskan pembelajaran lantaran keupayaan minda yang terbatas dan kesibukan kerja.

Perbezaan idelogi antara Snowball dan Napoleon telah mengakibatkan perubahan besar dalam sistem pentadbiran. Snowball diusir dari ladang dan bermulalah era diktator bersifat tirani yang dikepalai Napoleon. Napoleon juga mengamalkan kapitalisme untuk mengembangkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan melibatkan manusia di ladang-ladang berhampiran meskipun Rukun Tujuh dengan jelas mengharamkan hubungan baik melibatkan manusia. Secara tidak langsung, undang-undang terpakai di ladang itu dipinda dari semasa ke semasa oleh Napoleon bersesuaian hala tuju baharu.

Lama-kelamaan, berlaku ketidakseimbangan yang ketara dalam pembahagian tugas dan hasil pendapatan di ladang tersebut. Golongan babi mendapat hak istimewa dalam segala hal dengan alasan mereka memerlukan akses sumber terbaik agar urusan pentadbiran yang kompleks  dapat dilaksanakan dengan efektif. Haiwan-haiwan lain kekal setia terhadap golongan babi asalkan mereka dapat menjamin bahawa pemilik lama ladang itu, Tuan Jones, takkan kembali.

Tanpa disedari, penindasan dan perhambaan yang ditentang suatu masa dahulu telah kembali menyelubungi kehidupan haiwan-haiwan di ladang tersebut. Sayangnya, penindasan itu tidak terlihat di mata mereka kerana pemerintahan di ladang itu dijalankan oleh bangsa mereka sendiri itu babi. Mereka terus buta menyangka bahawa mereka telah bebas merdeka dan tanah ladang itu adalah milik mereka bersama meskipun setiap kelumit hasil bumi dikawal ketat oleh golongan babi.   

Lebih mengejutkan, babi kini hidup mewah dan berfoya-foya selain menjalinkan hubungan akrab dengan golongan manusia sehinggakan haiwan-haiwan lain tidak dapat membezakan siapakah binatang antara babi dan manusia.

Memorable quotes
"Manusia adalah satu-satunya makhluk yang hanya tahu makan, tapi tidak tahu menghasilkan makanan. Mereka tak mampu menghasilkan susu, tak mampu bertelur, terlalu lemah untuk menarik pembajak dan tak dapat berlari cukup pantas untuk menangkap arnah. Sungguhpun demikian, mereka tetap menjadi tuan kepada semua binatang." (Bab 1, Mukasurat 6)

"Tenaga kita yang mengerjakan tanah ini, najis kita yang menyuburkannya, tetapi kita tidak memiliki apa-apa selain kulit yang berada di tubuh badan kita ini saja." (Bab 1, Mukasurat 6)

"..keadaan tidak pernah lebih buruk atau lebih baik, dan takkan menjadi jauh lebih baik atau lebih buruk, kerana menurutnya kepayahan dan kekecewaan adalah hukum kehidupan yang tidak dapat dipinda-pinda." (Bab 10, Mukasurat 139)

"Makhluk-makhluk di luar beralih melihat daripada babi kepada manusia, kemudian daripada manusia kepada babi, dan kemudian sekali lagi daripada babi kepada manusia; namun mustahil kini untuk membezakan antara kedua-duanya." (Bab 10, Mukasurat 150)

Komen dan Ulasan
Boleh saya katakan, ini pembacaan paling berkualiti buat saya tahun ni. Saya habiskan buku ni hanya dalam tempoh satu hari. Buku ni buat saya termenung jauh. Sedih bercampur marah dan kesian dengan nasib haiwan-haiwan di Ladang Manor selain babi. Orang yang tertindas tak sedar bahawa mereka sedang ditindas malah berterima kasih kepada si penindas, sebab si penindas adalah rakan seperjuangan sendiri. Tujuan asal revolusi dilupakan dan penjajah yang diusir suatu masa dahulu dijadikan rakan karib dan dilayan lebih istimewa seolah-olah tiada apa pernah berlaku. Somehow relatable in real-life setting, kan? 

Buku ni mengajar saya betapa pentingnya pendidikan dan ilmu pengetahuan. Haiwan-haiwan lain sangat mudah ditipu dan dimanipulasi oleh babi kerana mereka tidak mampu membalas hujah-hujah babi yang kompleks di samping tiadanya hitam putih. Mereka ditindas bukan sebab mereka malas, tetapi sebab mereka jahil. Ini faktanya.

Kritikan sosial melalui karya satira seperti ini sememangnya satu bahagian sastera yang amat saya minati dan saya sangat berharap banyak lagi karya serupa dapat dihasilkan pada masa akan datang, lebih-lebih lagi dengan iklim sosial semasa yang penuh rencah dan sentiasa pantas berubah.

Sekian, semoga bermanfaat. 




 

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Ulasan Buku

Ulasan Buku : Hikayat Awang Sulung Merah Muda

 


Tajuk: Hikayat Awang Sulung Merah Muda
Oleh: Pawang Ana & Raja Haji Yahya
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tema: Riwayat hidup, pengembaraan, epik-fantasi 
Bil. Muka Surat: 124

Ringkasan plot (**Spoiler Alert!)
Cerita dimulakan dengan salasilah Awang Sulung Merah Muda yang berasal daripada keturunan Raja Si Helang Mawai. Raja Si Helang Mawai mempunyai empat orang puteri iaitu Uli Emak Si Anjing, Uli Pati Talak Terengganu, Uli Emak Hitam Pasir Panjang dan Si Helang Bakau. Puteri Si Helang Bakau merupakan ibu kepada Awang Sulung Merah Muda. Setelah kemangkatan ibu bapanya, Awang Sulung Merah Muda dibesarkan oleh Uli Emak Si Anjing bersama suaminya Datuk Batin Alam di Bandar Mengkaleh.

Awang Sulung Merah Muda sangat hebat dan berbakat dalam pelbagai jurusan ilmu termasuklah ilmu silat, ilmu Quran, ilmu nahu etc. Uli Emak Si Anjing bercadang untuk mengahwinkan Awang Sulung Merah Muda dengan anaknya iaitu Puteri Dayang Nuramah. Namun, akibat sebuah perbalahan dengan Datuk Batin Alam, Awang Sulung Merah Muda diusir dari rumah.

Ketampanan dan kehebatan Awang Sulung Merah Muda telah sampai ke pengetahuan Puteri Dayang Seri Jawa dari negeri Semarang. Puteri Dayang Seri Jawa telah berlayar ke Bandar Mengkaleh untuk menemui Awang Sulung Merah Muda. Awang Sulung Merah Muda tidak menonjolkan dirinya yang sebenar di hadapan puteri tersebut sebaliknya dia menyamar sebagai budak hitam yang selekeh. Meskipun penampilannya compang-camping, Puteri Dayang Seri Jawa sudi menolong dan memberi perlindungan kepada Awang Sulung Merah Muda.

Hubungan Awang Sulung Merah Muda dan Puteri Dayang Seri Jawa akhirnya diketahui Puteri Dayang Nuramah. Kerana sangat cintakan Awang Sulung Merah Muda, Puteri Dayang Nuramah mengumpulkan bala tentera dan melancarkan perang ke atas Puteri Dayang Seri Jawa demi merebut kembali kekasih hatinya.

Awang Sulung Merah Muda menggunakan kesaktiannya untuk menghentikan peperangan tersebut. Angin kuat diseru oleh Awang Sulung Merah Muda hingga kapal yang dinaiki Puteri Dayang Seri Jawa terdampar ke Pulau Tapai. Di situ identiti sebenar Awang Sulung Merah Muda terbongkar. Dia juga sempat menyelamatkan angkatan Puteri Dayang Seri Jawa daripada serangan perompak laut. Disebabkan budi pekertinya, dia dinikahkan dengan Puteri Dayang Seri Jawa.

Dalam perjalanan pulang ke Semarang, Awang Sulung Merah Muda dan angkatan Puteri Dayang Seri Jawa singgah di sebuah negeri. Di situ dia bertemu dengan makciknya yang sudah lama terputus hubungan iaitu Uli Pati Talak Terengganu. Uli Pati Talak Terengganu sangat berbesar hati dapat bertemu kembali dengan anak saudaranya. Dia pun mengahwinkan Awang Sulung Merah Muda dengan anaknya iaitu Tuan Puteri Pinang Masak.

Puteri Dayang Seri Jawa menggunakan helah untuk mendapatkan suaminya kembali. Setelah Awang Sulung Merah Muda pulang ke kapal, Puteri Dayang Seri Jawa terus membawa mereka berlayar hingga mereka tiba di negeri Pasir Panjang. Di situ Awang Sulung Merah Muda bertemu dengan seorang lagi makciknya iaitu Uli Emak Hitam Pasir Panjang. Uli Emak Hitam Pasir Panjang pun mengahwinkan Awang Sulung Merah Muda dengan anaknya iaitu Puteri Mayang Mengurai.

Puteri Dayang Seri Jawa sekali lagi menggunakan helah untuk mendapatkan Awang Sulung Merah Muda kembali. Mereka terus berlayar hingga tiba di Semarang. Di situ Awang Sulung Merah Muda telah dicabar oleh bekas tunangan Puteri Dayang Seri Jawa iaitu Tuanku Mambang Saujana. Awang Sulung Merah Muda berjaya memenggal Tuanku Mambang Saujana sekaligus diangkat sebagai raja negeri Semarang.

Awang Sulung Merah Muda menerima penghormatan dan utusan ufti daripada negeri Pati Talak Terengganu dan Pasir Panjang. Dia turut bersatu semula dengan Puteri Dayang Nuramah di Bandar Mengkaleh. Setiap tahun Awang Sulung Merah Muda bergilir-gilir melawat isteri-isterinya di setiap negeri di samping menjalin ikatan diplomatik.  


Komen dan Ulasan
Baca prosa klasik ni memang mencabar. Bukan saja kosa kata dan gaya bahasa berbeza, struktur ayat pun tak sama macam penulisan moden. Nama watak pun bukan main panjang! Bertambah mencabar apabila suasana atau barang-barang yang digambarkan tak lagi dipakai oleh masyarakat zaman sekarang. Kena rajin minta bantuan Professor Google dan daya imaginasi kena kuat! Apa pun, sebagai penggemar karya klasik, semua perkara tu tak menggugat minat dan semangat untuk terus membaca hingga ke halaman akhir. 

Jalan cerita Hikayat Awang Sulung Merah Muda ni bagi saya agak membingungkan terutamanya pada awal penceritaan yang memperkenalkan salasilah dan hubungkait antara Awang Sulung Merah Muda dengan beberapa watak lain di dalam cerita. Memang kena tumpukan perhatian bila membaca. Saya sendiri siap lakar peta minda agar mudah faham. Haha, mungkin saya yang kurang ilmu dan pendedahan berkaitan prosa tradisional jadi minda saya ni rasa tepu je sepanjang pembacaan.

Sama seperti hikayat-hikayat lain, cerita ni pun tak lari daripada unsur magis dan kuasa mistik. Tapi elemen fantasinya tidaklah terlalu "jauh" dan "tinggi" hingga melibatkan dewa dewi mahupun alam kayangan. Bait seloka dan pantun juga kerap muncul sebagai selingan membuatkan saya seronok menikmati keindahan bunga bahasa yang digubah oleh nenek moyang kita.

Pengajaran yang saya dapat daripada hikayat ni pertamanya jangan menilai orang dari segi luaran. Bantulah seseorang tanpa mengambil kira darjat dan paras rupa. Kedua, apa jua cabaran atau rintangan yang datang dalam hidup, kita perlu terus berusaha untuk mencapai perkara yang kita hajatkan. Jangan peduli kata orang kerana kita yang menentukan arah tuju hidup kita.

Sekian, semoga bermanfaat. 





Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Ulasan Buku

Ulasan Buku : Kanvas

 


Tajuk: Kanvas
Penulis: Ayumi Syafiqah
Penerbit: Prolog Media
Tema: Misteri, Thriller, Percintaan, Kekeluargaan
Bil. Muka Surat: 325

Ringkasan plot (**Spoiler Alert!)
Di kampus, orang mengenali Ed disebabkan 2 perkara - bakat melukis dan personaliti misteri. Ed tak pernah mempedulikan cemuhan dan pandangan sinis orang sekeliling. Dia bahagia menjelajah dunia ilhamnya di atas kanvas. Namun, segala-galanya berubah apabila dunia di atas kanvas itu mula menjadi nyata. Tak semena-mena, Kara iaitu rakan sekuliahnya, terheret dalam bahaya. Daripada seorang gadis yang manis dan manja, Kara terpaksa menanggung gelaran suspek utama kes pembunuhan.   

Memorable quotes
"Well, bukan semua orang boleh handle the greatness in someone special, especially me. Lagipun bukannya aku kisah. Screw them, anyway." (Bab 6, Mukasurat 54)

"Unlike everyone else, you believe."
"Well, I'm not everyone else." (Bab 10, Mukasurat 83)

"You're the perfect girl next door. The nice girl. Daddy's little girl. The kind of girl anyone's lucky to have." (Bab 20, Mukasurat 159)

Whatever you do, remember, you are not the villain in this story. (Bab 21, Mukasurat 169)

You are the most beautiful flower in a kand full of other ordinary flowers (Bab 21, Mukasurat  170)

"So what do you say? Be the Watson to my Holmes?" (Bab 38, Mukasurat 287)

Komen dan Ulasan
Ini buku terbitan Prolog Media yang pertama saya baca. Jujur, menarik. Memang lain daripada yang lain. Gaya bahasa yang penulis gunakan bagi saya direct je, tak berapa nak berbunga-bunga sangat kalau dibandingkan dengan novel-novel lain yang saya pernah baca. Tapi, kekuatan utama novel ni ialah IDEA dan JALAN CERITA. Serius, tangan saya ringan sangat menyelak dari satu mukasurat ke mukasurat lain. Saya tak sabar-sabar nak tahu apa yang berlaku seterusnya. Ini antara buku terpantas yang saya habiskan, cuma ambil masa 2 hari!

Saya suka sangat watak Ed. Misteri, diselubungi aura gelap tapi orangnya jujur dan tak prejudis. Memang padan sangat dengan Kara yang bubbly macam suria pagi. Saya harapkan lebih banyak momen manis bergula daripada pasangan ni tapi saya jugak faham, percintaan bukanlah tema utama yang penulis nak sampaikan. Dan Ed jelas sekali bukan jenis yang terlalu pandai nak bermanis mulut... Sebab tulah bila tiba babak di mana Ed jelaskan isi hati pada Kara, saya rasa fuhhhh macam nak terbang sampai langit ketujuh! Heart-fluttering sangat!

Cerita ni mengingatkan saya pada K-Drama "W" (komik jadi realiti) dan Harry Potter The Prisoner of Azkaban (bila Hermione dan Harry kembali ke masa lalu untuk siasat insiden dari sudut pandang berbeza). Tapi penulis berjaya cipta kelainan dan dimensi tersendiri. Cuma satu cabaran utama baca buku ni; terlalu banyak flashback. Susah jugaklah nak keep up dengan timeline yang bertebaran di sana sini. Tapi ia langsung tak menjejaskan keseronokan membaca hingga ke titik penamat. 

Sekian, semoga bermanfaat.






Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Ulasan Buku

Ulasan Buku : Sang Alkemis

 


Tajuk: Sang Alkemis (versi terjemahan Bahasa Indonesia)
Penulis: Paulo Coelho
Penerbit: PT Gramedia Pustaka Utama
Tema: Pengembaraan, fantasi, spiritual
Bil. Muka surat: 215

Ringkasan plot (**Spoiler Alert!)
Suara hati tak pernah menyesatkan manusia daripada haluan takdir yang tertulis untuknya. Begitulah Santiago yang percaya bahawa dia perlu meninggalkan pekerjaan sebagai pengembala kambing untuk menjejaki harta karunnya di Piramid seperti yang terlihat di dalam mimpi.

Berbekalkan batu Urim dan Tumim pemberian Raja Tua, Santiago memulakan perjalanan menuju Mesir disusuli berbagai ujian getir. Di kota Tangier, dia ditipu hingga terpaksa bekerja di sebuah kedai kristal demi meneruskan hidup. Kemudian dia meneruskan perjalanan merentasi gurun Sahara dengan menyertai sebuah rombongan karavan. Akibat peperangan antara puak yang sedang terjadi di gurun itu, mereka terpaksa berhenti dan berlindung di oasis buat sementara waktu.

Di oasis itu Santiago mengenali Fatima. Mereka jatuh cinta dan Santiago berasa berat hati untuk meninggalkan wanita itu. Dia berkira-kira untuk tinggal di oasis tersebut dan melupakan sahaja impiannya untuk menjejaki Piramid. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan Sang Alkemis telah meluruskan kembali matlamat Santiago. Bersama-sama Sang Alkemis, Santiago meneruskan perjalanan menuju Mesir. Namun, belum jauh mereka berjalan, mereka ditangkap puak militer dan dituduh sebagai pengintip musuh. Ketika nyawanya sedang berada di hujung mata pedang, Santiago berjaya mencipta keajaiban berbekalkan pesanan hikmat daripada Sang Alkemis. Pesanan yang tak masuk akal tetapi berjaya menggegarkan cakerawala.

Santiago akhirnya berjaya sampai ke Piramid. Dia menggali harta karun seperti yang dilihat di dalam mimpinya tetapi 'harta karun' yang ditemui jauh berbeza drp sangkaannya. Dia ditertawakan pengembara lain yg ditimpa nasib sama. Namun, setelah mendengar cerita-cerita pengembara tersebut, Santiago mengerti apa dan di mana letaknya harta karun yang sebenar. Dia berasa puas dan segera bergegas mendapatkan harta karunnya itu.

Komen dan Ulasan
Masha-Allah tak tergambar dengan kata-kata betapa hebatnya karya ni! Fahamlah saya kenapa Sang Alkemis sering disebut-sebut sebagai antara karya terbaik sepanjang zaman. Cerita ni menggabungkan falsafah kehidupan dengan elemen fantasi, sains, sejarah dan agama. Jalan ceritanya straight forward & mudah difahami tapi apa yang tersirat di sebalik tersurat tu memang betul-betul meresap jauh ke dalam hati nurani. Kita semua adalah Santiago, atau pernah menjadi Santiago. Kita punya mimpi tapi kita takut untuk keluar daripada comfort zone untuk capai mimpi tersebut.

Cerita ni tak sedih pun, tapi banyak kali saya mengalirkan air mata. Cerita ni mengingatkan saya bahawa 'tak semua org yang sedang berkeliaran itu tersesat'. Not all those who wander are lost. Tak kira berapa lama atau berapa jauh, kita pasti akan tiba juga di destinasi yang kita impikan asalkan kita terus percaya dan berjuang.

Jujur cakap, Sang Alkemis antara karya terbaik saya pernah baca. Easily one of my all-time favs. Dah selamat ulang baca buat kali kedua dah pun.

Sekian, semoga bermanfaat.

Memorable quotes
Dia menyedadari, dia merasakan sesuatu yang belum pernah dialaminya: hasrat untuk menetap di satu tempat, selama-lamanya. Bersama gadis berambut hitam kelam ini, hari-harinya takkan pernah sama lagi.
(Muka surat 13)

Itulah daya tarik berkelana baginya - dia selalu mendapatkan teman-teman baru, dan dia tidak perlu bersama-sama mereka sepanjang waktu. Kalau kita bergaul dengan orang-orang yang sama setiap hari, seperti yang dialaminya di seminari, pada akhirnya kita menjadi bahagian dari hidup orang itu. Lalu kita ingin orang itu berubah. Kalau orang itu tidak seperti yang dikehendaki orang-orang lain, maka orang-orang lain ini menjadi marah. Orang tampaknya selalu merasa lebih tahu, bagaimana orang lain seharusnya menjalani hidup, tapi mereka tidak tahu bagaimana seharusnya menjalani hidup sendiri.
(Muka surat 25)

Fikirnya, kalau dia menjadi penulis, dia akan menampilkan tokokh-tokohnya satu per satu sahaja, sehingga pembacanya tidak perlu mengingat-ingat begitu banyak nama.
(Muka surat 26)

Isi buku ini sama dengan isi hampir semua buku lain di dunia. Dalam buku ini digambarkan ketidakmampuan orang memilih takdir mereka sendiri. Dan pada akhirnya dikatakan bahawa setiap orang percaya akan dusta terbesar di dunia - bahawa pada satu titik dalam hidup kita, kita kehilangan kendali atas apa yang terjadi pada kita, dan hidup kita jadi dikendalikan oleh nasib. Demikianlah dusta terbesar itu.
(Muka surat 28)

Takdir adalah apa yang selalu ingin kau capai. Semua orang, ketika masih muda, tahu takdir mereka. Pada titik kehidupan itu, segalanya jelas, segalanya mungkin. Mereka tidak takut bermimpi, mendambakan segala yang mereka inginkan terwujud dalam hidup mereka. Tapi dengan berlalunya waktu, ada daya misterius yang mulai meyakinkan mereka bahawa mustahil mereka bisa mewujudkan takdir itu.
(Muka surat 32)

Ada satu kebenaran mahabesar di planet ini : siapa pun dirimu, apa pun yang kau lakukan, kalau engkau sungguh-sungguh menginginkan sesuatu, itu kerana hasrat tersebut bersumber dari jiwa jagat raya. Itulah misimu di dunia ini.
(Muka surat 32)

Satu-satunya kewajipan sejati manusia adalah mewujudkan takdirnya.
(Muka surat 33)

Dan saat engkau menginginkan sesuatu, seluruh jagat raya bersatu padu untuk membantumu meraihnya.
(Muka surat 33)

Kalau kau memulai dengan menjanjikan sesuatu yang belum kau miliki, kau akan kehilangan hasratmu untuk berusaha memperolehnya.
(Muka surat 36)

Tapi pokoknya, syukurlah kau sudah belajar bahawa segala sesuatu di dunia ini ada harganya.
(Muka surat 36)

Kalau setiap hari terasa sama saja, itu kerana orang-orang tidak menyedari hal-hal indah yang terjadi dalam hidup mereka setiap hari.
(Muka surat 39)

Si anak lelaki merasa iri pada angin yang bertiup bebas, namun disedarinya dia pun bisa sebebas angin. Tak ada yang menahannya, kecuali dirinya sendiri.
(Muka surat 40)

Tapi aku seperti orang-orang pada umumnya - hanya melihat apa yang ingin kulihat, bukan apa yang sebenarnya terjadi.
(Muka surat 56)

Pasti ada bahasa yang tidak bergantung pada kata-kata. Seperti ketika aku berkomunikasi dengan domba-dombaku, dan sekarang aku mengalaminya dengan manusia.
(Muka surat 60)

Dia telah mendapatkan banyak pelajaran baru. Beberapa sudah pernah dialaminya, jadi tidak benar-benar baru, hanya saja sebelumnya dia tidak menyedarinya. Dan dia tidak menyedarinya kerana hal-hal tersebut sudah terlalu biasa dialaminya. Dia pun sedar : Kalau aku bisa belajar memahami bahasa yang tidak memerlukan kata-kata ini, aku juga bisa belajar memahami dunia.
(Muka surat 60)

Bahasa antusiasme, bahasa orang yang berhasil dalam pekerjaannya yang dia lakukan dengan penuh cinta dan tujuan, juga sebagai bahagian dari pencarian akan sesuatu yang diyakini dan dihasratinya.
(Muka surat 83)

Dia masih agak meragukan keputusan yang telah diambilnya. Tapi satu hal yang dia faham: mengambil keputusan barulah permulaannya. Saat orang mengambil keputusan, bererti dia menceburkan dirinya dalam arus deras yang akan membawanya ke tempat-tempat yang tak pernah dibayangkannya ketika dia pertama-tama mengambil keputusan tersebut.
(Muka surat 90)

Aku sudah belajar banyak hal dari domba-dombaku, juga dari kristal itu, fikirnya. Bererti aku juga bisa belajar sesuatu dari padang pasir ini. Padang ini kelihatan tua dan bijak.
(Muka surat 97)

Tetapi dia merasa senang dengan kemampuannya memahami secara intuitif ucapan si pemandu unta tadi : barangkali dia juga mulai belajar bahasa universal tentang masa lalu dan masa kini semua orang. "Firasat", menurut istilah ibunya. Intuisi sebenarnya adalah peleburan jiwa dengan begitu saja ke dalam arus kehidupan universal, di mana sejarah semua manusia saling terkait, dan kita bisa mengetahui segalanya, sebab segalanya telah tertulis di sana. "Maktub".
(Muka surat 98)

Akan tetapi semua ini terjadi kerana satu alasan mendasar: seberapa sering mereka memutar dan menyesuaikan diri, karavan itu bergerak ke arah titik kompas yang sama. Setelah semua rintangan diatasi, mereka kembali pada jalur semula, berpedoman pada bintang yang menunjukkan lokasi oasis. Saat melihat bintang yang bersinar di langit pada pagi hari, orang-orang tahu bahawa mereka berada pada jalur yang benar, menuju tempat yang ada airnya, pohon-pohon palma, ada tempat berteduh, dan manusia-manusia lain. Hanya si orang Inggeris yang tidak menyedari semua itu; sebab hampir sepanjang waktu dia begitu asyik dengan buku-bukunya sendiri.
(Muka surat 99)

Tapi malapetaka itu telah mengajariku memahami sabda Allah : manusia tidak perlu takut akan hal-hal yang tidak diketahui, kalau mereka sanggup meraih apa yang mereka perlukan dan inginkan.
(Muka surat 101)

Begitulah prinsip yang mengatur segala sesuatu. Dalam alkimia, itu namanya Jiwa Dunia. Kalau kau menginginkan sesuatu sepenuh hatimu, saat itulah kau berada sangat dekat dengan Jiwa Dunia. Dan ini selalu merupakan daya positif.
(Muka surat 103)

Setiap orang punya cara masing-masing untuk mempelajari sesuatu. Cara dia tidak sama dengan caraku, begitu pula sebaliknya. Tapi kami berdua sama-sama sedang mencari takdir kami, dan aku menghormatinya untuk itu.
(Muka surat 110)

Kalau sedang makan, hanya urusan makanlah yang kau fikirkan. Kalau sedang berjalan, aku berkonsentrasi pada urusan berjalan. Kalau aku mesti bertarung, mahu mati hari apa pun tidak ada bezanya bagiku. Sebab aku tidak hidup di masa lalu ataupun di masa depan. Aku hanya tertarik pada saat ini. Berbahagialah orang yang bisa berkonsentrasi hanya untuk saat ini. Akan kaulihat bahawa di gurun ini pun ada kehidupan, di langit sana bintang bersinar-sinar, dan suku-suku berperang kerana mereka bahagian dari umat manusia. Hidup ini akan terasa pesta bagimu, suatu festival meriah, sebab hidup ini adalah saat yang kita jalani sekarang ini.
(Muka surat 111-112)

Ingat, di mana pun hatimu berada, di situlah hartamu berada. Kau harus menemukan harta itu, sehingga segala yang telah kau pelajari sepanjang jalan bisa kau fahami maknanya.
(Muka surat 151)

Sebab yang menahanmu di oasis ini adalah rasa takutmu sendiri, kalau-kalau kau tidak kembali. Dan pada titik itu, petanda-petanda akan menunjukkan padamu bahawa harta karunmu telah terkubur selama-lamanya. |
(Muka surat 156)

Petanda-petanda itu akan meninggalkanmu, kerana kau tidak lagi mendengarkan mereka.
(Muka surat 156)

Kau harus mengerti, cinta tak pernah menghalangi orang mengejar takdirnya. Kalau dia melepaskan impiannya, itu kerana cintanya bukan cinta sejati. Bukan cinta yang berbicara Bahasa Dunia.
(Muka surat 157)

Jangan kata apa pun. Orang dicintai kerana dia memang dicintai. Tak perlu ada alasan untuk mencintai. (Muka surat 159)

Dengarkan suara hatimu. Hatimu tahu segalanya, sebab hatimu berasal dari Jiwa Dunia, dan suatu hari nanti akan kembali ke sana.
(Muka surat 166)

- Sebab di mana hatimu berada, di situlah hartamu berada.
- Tetapi hatiku gelisah. Hatiku menyimpan mimpi-mimpi, menjadi emosional, dan mendambakan seorang wanita gurun. Hatiku meminta banyak hal, dan membuatku tidak bisa tidur bermalam-malam saat aku memikirkan wanita itu.
- Kalau begitu, baguslah. Bererti hatimu hidup. Jangan berhenti mendengarkan suaranya.
(Muka surat 167)

Katakan pada hatimu, rasa takut akan penderitaan justeru lebih menyeksakan daripada penderitaan itu sendiri.
(Muka surat 169)

Setiap detik pencarian adalah pertemuan dengan Tuhan. Ketika aku sungguh-sungguh mencari harta karunku, setiap hari terasa membahagiakan, sebab aku tahu setiap jamnya merupakan bahagian daripada impian menemukan harta itu. Ketika aku sungguh-sungguh mencari harta karunku, sepanjang jalan aku menemukan hal-hal yang takkan pernah kulihat andaikan aku tak punya keberanian untuk mencuba segala sesuatu yang kelihatannya mustahil dicapai seorang anak gembala.
(Muka surat 169-170)

Tuhan bersemayam di dalam diri semua orang yang bahagia. Dan kebahagiaan bisa ditemukan dalam sebutir pasir gurun, seperti dikatakan sang alkemis. Sebab sebutir pasir merupakan bahagian daripada penciptaan , dan alam semesta ini memerlukan waktu jutaan tahun untuk menciptakannya.
(Muka surat 170)

Setiap orang di bumi ini memiliki harta karun yang menanti-nantinya.
(Muka surat 170)

Saat-saat paling gelap di malam hari adalah saat-saat menjelang fajar.
(Muka surat 172)

Mereka lupa bahawa timbal (plumbum), tembaga dan besi punya takdir sendiri untuk dipenuhi. Dan siapa pun yang campur tangan dalam takdir orang lain tidak akan pernah menemukan takdirnya sendiri.
(Muka surat 178)

Sang alkemis menyuruh si anak mendekatkan kerang itu ke telinganya. Dia sudah sering melakukannya ketika masih kecil, dan yang didengarinya adalah suara laut. "Laut itu tetap hidup di dalam kerang ini, sebab demikianlah takdirnya. Dan dia akan terus hidup sampai padang pasir ini kembali tertutup air."
(Muka surat 179)

Di dalam diriku ada angin, padang pasir, samudera, bintang-bintang dan segala ciptaan lainnya di alam semesta. Kita semua diciptakan oleh tangan yang sama, dan kita memiliki jiwa yang sama. Aku ingin jadi seperti engkau, sanggup mencapai setiap sudut dunia, menyeberangi lautan, meniup butir-butir pasir yang menutupi harta karunku, dan membawa suara wanita yang kucintai.
(Muka surat 190)

Dari tempatku bertakhta - jauh dia atas bumi - aku belajar mencintai. Aku tahu, kalau aku terlalu dekat sedikit saja kepada bumi, semua yang ada di sana akan mati, dan Jiwa Dunia takkan ada lagi. Maka kami saling memandang, kami saling mendambakan. Aku memberi kehidupan dan kehangatan kepada bumi, dan bumi memberiku alasan untuk terus hidup.
(Muka surat 193)

Bahawa besi tak perlu sama dengan tembaga atau tembaga sama dengan emas. Masing-masing melakukan fungsinya sendiri sebagai unsur yang unik.
(Muka surat 194)

Memang benar, segala sesuatu memiliki takdirnya masing-masing, tapi suatu hari nanti takdir itu akan terwujud. Maka masing-masing ciptaan harus bertransformasi menjadi sesuatu yang lebih baik, dan mencapai takdir yang baru, hingga suatu hari kelak Jiwa Dunia menjadi satu kesatuan yang utuh.
(Muka surat 194)

Untuk itulah alkimia ada. Agar setiap orang mencari harta karunnya sendiri, menemukannya, dan timbul keinginan untuk menjadi orang yang lebih baik daripada dalam kehidupan sebelumnya. Timah akan menjalankan peranannya sampai dunia tidak lagi memerlukan timah; setelah itu timah harus mengubah dirinya menjadi emas. Itulah yang dilakukan para alkemis. Mereka menunjukkan bahawa kalau kita berusaha menjadi lebih baik, segala sesuatu di sekitar kita akan ikut menjadi lebih baik.
(Muka surat 194-195)

Apa yang terjadi satu kali tidak bakal terjadi lagi. Tapi apa yang terjadi dua kali, pasti akan terjadi untuk ketiga kali.
(Muka surat 202)

Setiap orang di dunia ini, apa pun pekerjaannya, memainkan peranan penting dalam sejarah dunia. Dan biasanya orang itu sendiri tidak menyedarinya.
(Muka surat 205)


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Ulasan Buku

Ulasan Buku : Nefertiti


Tajuk: Nefertiti
Penulis: Lily Haslina Nasir
Penerbit: Penulisan2u
Tema: Percintaan, kekeluargaan, politik
Bil. Muka Surat : 634

Ringkasan plot (**Spoiler Alert!)
Yasmin dan Ziyad dua pejuang yang sama berani, sama taat tetapi mereka berjalan atas landasan yang bertentangan. Yasmin berjuang menentang pentadbiran politikus yang zalim sedangkan Ziyad, kepada politikus itulah khidmat baktinya dicurahkan.

Biarpun Ziyad meluahkan perasaannya pada Yasmin dan sering melindungi wanita itu daripada ancaman bahaya, hati Yasmin tidak mudah dileburkan dengan kata-kata manis. Kalau benar Ziyad lelaki yang baik, mengapa dia tunduk dan membutakan mata pada setiap kekejaman yang dilakukan majikannya?

Yasmin tidak sedar, hakikatnya Ziyad mempunyai alasan dan agenda tersendiri.

Sesungguhnya kebencian Yasmin pada Datin Nailah dan Datuk Adnan telah berakar sejak  dia kecil lagi. Ayahnya sering diugut dan diserang demi kepentingan peribadi kedua-dua manusia durjana itu. Yasmin terpaksa menjauhkan diri demi menjamin keselamatan ayahnya. 

Memorable quotes
Bagi saya, Tuhan telah menunjukkan bukti. Rohnya diangkat ketika masih dalam khidmat pada negara ini. Itu satu kemuliaan. Kini jenazahnya ditunggu oleh ribuan manusia dengan penuh penghormatan. Allahyarham,  bukan saja terkenal dalam kalangan penghuni dunia, tetapi terkenal juga dengan penduduk langit. Inilah kematian yang menginsafkan. Inilah kematian yang menghidupkan jiwa kita, membuka segala yang terhijab.
(Muka surat 137)

Jangan nangis. Benda yang sudah, jangan biar dalam hati. Nanti kita sakit sendiri. Lepaskan.
(Muka surat 183)

Jujur itu pahit, ikhlas itu pahit dan sabar itu sesekali menumbuhkan sengsara. Tapi semua itu penawar dan penyembuh segala masalah.
(Muka surat 206)

Benarlah kata orang, mencintai seseorang dalam diam ada waktunya itu yang paling indah, afdal dan terbaik. Kita tak perlu bimbang akan penolakan. Semoga Tuhan menjaga engkau, Yasmin!
(Muka surat 283)

"Tanda kita hormat peranan ibu. Bukan ke ibu tu jantung rumah, pengelola rumah, penyeri keluarga? Sebab tu bahagian utama kita panggil rumah ibu."
(Muka surat 337)

Banyak cara Allah mahu mengasuh hati kita yang masih belum bersih. Kau dan aku dibawakan pancingan yang berupa hasutan, godaan mahupun sanjungan; saat diyakini kita sangat tulus. Kadang-kadang dalam kita berdukacita, kecewa atau bungkam dengan jurus pandang orang lain terhadap ketulusan tadi, Tuhan bawa cahaya menuntun kesedaran."
(Muka surat 340)

"Ikhlas tu ada di mana-mana. Pada cahaya di langit, pada cahaya rahmah, pada cahaya hikmah. Kita mungkin tak dapat lihat, tapi kalbu kita boleh rasa semua tu."
(Muka surat 341)

Apa ertinya permata berharga, kalau hidup disalut dusta?
(Muka surat 357)

Jangan seronok dengan pujian, jangan takut dengan celaan. Pujian manusia tak akan selamatkan kita di hari berlakunya huru-hara dahsyat nanti. Celaan manusia juga sedikit pun tak beri mudarat pada kita.
(Muka surat 422)

Bulan jatuh ke jari menjadi cincin pernikahan ini, bintang bergemerlapan menjadi kerongsang di dada dan pelangi seribu warna menjadi cucuk sanggul rambut aku yang ikal ini. Semuanya semerbak harum dan memancar cinta syurga.
(Muka surat 460)

Perjuangan dahulu, kita melawan penjajah. Perjuangan sekarang, sulit... Kita melawan bangsa sendiri yang menjadikan kita korban mereka.
(Muka surat 519)

Pada setiap titis jernih hujan aku tiupkan doa-doa kudus aku. Semoga hujan yang jatuh ke bumi membawa dingin dan makmur buat jiwa Yasmin. Mudah-mudahan hatinya nan panas bergelora lebih tenang.
(Muka surat 537)

Rumah tangga di dunia ni bukan syurga sebenar. Ada pahit, manis, pedih, lara, sengsara kemudian bahagia atau derita bila timbul pula tak setia dan curang. Kalian yang pegang dayungnya. Kalian yang tentukan halanya. Mahu terus dilambung ombak atau perlahan-lahan mencari pantai. Lebih baik hidup diuji. Kita akan tahu makna setia.
(Muka surat 553)

Komen dan Ulasan
Puas hati baca tulisan Lily Haslina Nasir sebab bukan sahaja jalan ceritanya mantap, malah gaya bahasanya sangat indah membelai perasaan. Ziyad dan Yasmin bagi saya dua watak yang saling melengkapi. Ziyad bijak melenturkan kekerasan hati Yasmin, manakala Yasmin ibarat oasis yang mengalirkan kesuburan cinta di gurun hati Ziyad. Ah, seronok sangat baca kisah dua pejuang ni!

Sesiapa yang mengikut rapat perkembangan politik negara, terutamanya sekitar pra-PRU14 yang lepas, pasti akan rasa watak antagonis dalam cerita ni sangat familiar. Beberapa orang ahli keluarga saya berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam jadi kisah-kisah di sebalik tabir dalam kalangan ahli politik agak mesra pada telinga kami. Tak hairan kenapa saya rasa cerita ni digarap berdasarkan kontroversi yang menyelubungi ahli politik tersebut.

Walaupun banyak persamaan dengan kisah hidup ahli politik tersebut, penulis berjaya tampilkan kelainan dan plot twist tersendiri. Saya suka bagaimana isu domestic violence diketengahkan sekaligus buat pembaca rasa berbelah bahagi. Mula-mula rasa geram, lama-lama kesian pulak... 

Novel ni juga padat dengan aksi dan saspens. Babak tembak-menembak, kejar-mengejar, letupan, mengintip, menceroboh. Fuh! Dah macam filem blockbuster dah! 

Novel ni ada kaitan sikit dengan novel Raid Arjuna tapi kalau tak baca Raid Arjuna dulu pun tak apa. Saya sendiri belum baca Raid Arjuna dan saya tak rasa apa-apa kelompongan pada jalan cerita sebab penulis ada bagi penerangan yang mencukupi tentang perhubungan Raid Arjuna dengan watak-watak dalam novel ni. Yang pasti, lepas habis baca Nefertiti, saya terus order Raid Arjuna di Shoppee!

Sekian, semoga bermanfaat!









Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Ulasan Buku

Ulasan Buku : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck



Tajuk: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Penulis: Hamka
Penerbit: PTS Publishing House
Tema: Percintaan, persahabatan, keagamaan dan adat istiadat

Ringkasan plot (**Spoiler Alert!)
Setelah kematian orang tuanya di Makasar, Zainuddin berhijrah ke Batipuh yang dipengaruhi kuat dengan adat budaya Minangkabau. Di situ dia mengenali Hayati dan cinta mereka mula berputik. Malangnya hubungan mereka ditentang oleh keluarga Hayati yang menganggap Zainuddin sebagai orang luar dan tidak bersuku meskipun Zainuddin berdarah Minangkabau dari sebelah ayah. Ini kerana ibunya berketurunan Bugis. Zainuddin terpaksa membawa diri ke kota Padang Panjang dan Hayati bersumpah akan terus setia menunggunya.

Selepas beberapa bulan terpisah, mereka berpeluang untuk bertemu kembali ketika pesta lumba kuda di Padang Panjang. Namun Zainuddin terkejut melihat perubahan penampilan Hayati hasil pengaruh sahabatnya bernama Khadijah yang dibesarkan dengan budaya kota. Lebih memilukan, keluarga Hayati mengambil keputusan untuk mengahwinkan Hayati dengan abang Khadijah iaitu Aziz. Biarpun Zainuddin berusaha memenangi Hayati dengan pujuk rayu dan juga pinangan berbekalkan sedikit wang pusaka sebagai hantaran, hasrat tulus Zainuddin ditolak mentah-mentah.

Zainuddin mencurahkan segala kedukaan dan kesedihan yang dialami ke atas lembaran kertas sebagai karya penulisan. Tanpa disangka, kisah hidupnya yang menyayat hati berjaya menarik minat masyarakat hingga mendapat  sambutan luar biasa. Zainuddin mengambil keputusan untuk memulakan hidup baharu dan mengembangkan bakat di Surabaya.

Pada kemuncak karier, sekali lagi takdir membawanya kepada Hayati yang mengikut suaminya berpindah ke Surabaya atas urusan kerja. Tabiat buruk Aziz yang suka berjudi menyebabkan pasangan itu tidak bahagia dan sering dibelenggu hutang. Akhirnya mereka tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka disita dan Aziz dibuang kerja. Zainuddin tidak teragak-agak untuk menghulurkan pertolongan dan membenarkan pasangan itu tinggal di rumahnya. Aziz yang berasa sangat malu telah pergi mencari pekerjaan di Bayuwangi dan berjanji akan kembali untuk menjemput Hayati. Tetapi, yang kembali ke pangkuan Hayati adalah sepucuk surat cerai dan sebuah berita duka bahawa Aziz telah meninggal dunia lantaran bunuh diri.

Hayati akhirnya meluahkan kepada Zainuddin bahawa cintanya tidak pernah sekali pun berpatah arah walaupun dia sudah menikahi orang lain. Aziz hanya dapat menawan jasadnya tetapi tidak hatinya. Cintanya masih suci buat Zainuddin seorang. Zainuddin juga masih mencintai Hayati tetapi rasa dendam dan amarah yang bersarang di jiwa mendorong Zainuddin untuk menyuruh Hayati pulang ke kampung halaman.

Setelah Hayati berangkat ke pelabuhan, barulah rasa sesal bertandang di hati Zainuddin. Dia tidak mahu lagi berpisah dengan gadis yang dicintai tetapi segalanya sudah terlambat. Kapal Van Der Wijck yang membawa Hayati tenggelam di tengah-tengah lautan. Hayati dapat diselamatkan namun hayatnya tidak panjang. Dia menghembuskan nafas terakhir di hospital, di dalam dakapan dan raungan Zainuddin.

Memorable quotes
Perempuan yang budiman adalah laksana matahari yang terbut di waktu fajar bagi orang yang menunggu siang. Perempuan yang budiman adalah laksana surat jendral yang dikirim dari medan perang menyatakan kemenangan kepada raja yang mengutusnya. Dia adalah sebagai udara, tampang kehidupan yang akan dihisap oleh manusia dalam nafasnya yang turun naik.
(Muka surat 49)

Ketahuilah bahawa Allah yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah yang menjadikan tubuh dan memberinya nyawa. Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pulalah yang menjadikan hati dan memeberinya cinta. 
(Muka surat 62)

Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia kana membawa kerusakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi. 
(Muka surat 62-63)

Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak duri penghidupan.
(Muka surat 78)

Di hadapan cahaya matahari yang baru naik, di hadapan roh ibu bapa yang sudah sama berkalang tanah, saya katakan bahwa jiwaku telah diisi sepenuh-penuhnya oleh cinta kepadamu. Cintaku kepadamu telah memenuhi hatiku, telah terjadi sebagai nyawa dan badan adaanya.
(Muka surat 79)

Dari lurah belas kasihan  mendaki ke puncak bukit cinta, sekarang telah menurun kemballi kepada lurah kasihan. Dan cinta bilamana telah menurun kepada belas kasihan, tandanya lama-kelamaan dia akan berangsur turun.
(Muka surat 106)

Sekarang dia masyhur, memang...karena yang dijalinnya menjadi hikayat, menjadi syair, menjadi tonil, semua adalah penderitaannya sendiri, air matanya, bahkan kadang-kadang darahnya. Itulah sebab saya katakan, dia beruntung hanya kelihatan oleh orang luar. Pada batinnya dia seorang yang melarat.
(Muka surat 245)

Ya, demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya
(Muka surat 256)


Komen dan Ulasan
Saya dah pernah menyaksikan teater TKVDW di Istana Budaya dan menonton filem ini di Netflix namun nikmat membaca ternyata berbeza. Imaginasi lebih bebas meneroka perasaan, pemikiran dan latar suasana yang dihidangkan penulis.

Bagi saya buku ini lebih daripada sekadar fiksyen cinta. Ini buku falsafah. Ia menyentuh bukan sahaja hati, malah akal. Daripada buku ini, saya belajar sesuatu yang baharu tentang cinta; bahawasanya cinta yang ikhlas tidak didorong hawa nafsu akan membijaksanakan manusia.

Biarpun bahasa yang digunakan amat puitis dan indah, ia tidaklah overly bombastic sampai susah nak faham. Plot cerita juga bergerak pantas dan tidak begitu meleret. Karya ini ditulis sekitar era kolonial Belanda namun tak terasa lapuk meskipun menggunakan "cinta dua darjat" sebagai modal. Karya ini juga sarat dengan nilai keagamaan tetapi ia digarap penuh kemas hingga tak terasa berat untuk dihadam. Inilah karya malar hijau yang akan sentiasa hidup dan mekar sepanjang zaman.

Kalau diikutkan, plot cerita sebenarnya ringkas je dan straight to the point tapi kesan yang ditinggalkan amat dalam, meresap jauh ke dasar nurani. Baruntungnya Buya Hamka dikurniakan kebijaksaan dan bakat yang besar untuk menulis karya phenomenal sebegini.  Dan beruntungnya kita kerana dapat membacanya sekaligus menuai setiap butir mutiara hikmah yang terkalam di dalam!


Sekian, semoga bermanfaat!

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Ulasan Buku

Ulasan Buku : Aku Ada



Tajuk: Aku Ada
Penulis: Syu Ariani
Penerbit: Karya Seni
Tema: Aksi, jenayah, fantasi, percintaan

Ringkasan plot (**Spoiler Alert!)
Selepas terlibat dalam sebuah kemalangan ketika aktiviti perkhemahan di Ledang, Lyssa mendapati dirinya bisa mendengar suara-suara halus dan melihat roh manusia di alam ghaib. Walaupun pada awalnya dia berasa tidak selesa, Lyssa mengambil keputusan untuk menggunakan kebolehan itu di jalan kebaikan dan menolong insan-insan yang memerlukan.

Secara tak sengaja kebolehan itu telah mendedahkan penemuan satu mayat wanita yang bersangkut-paut dengan hidup Lyssa. Roh wanita itu sempat berpesan agar Lyssa tidak mempercayai Razak, Safina dan Fitri - tiga watak penting dalam hidup Lyssa sendiri.  Tanpa Lyssa sedari, penemuan mayat itu juga telah meletakkan diri Lyssa dalam bahaya. Dia telah menjadi sasaran utama sepasang anak mata yang sentiasa memerhatikan di celah bayang-bayang gelap. Dalam masa sama, kemunculan roh bernama Hafiy mengundang sejuta lagi persoalan. Dia tak pernah mengenali Hafiy namun roh lelaki itu sentiasa ada dan mendampinginya penuh setia. Seolah-olah dia mahu melindungi dan menjaga Lyssa.

Memorable quotes
Bila kau celikkan mata, jangan ingat aku. BIla kau pejamkan mata, jangan lupakan aku.

Komen dan Ulasan
Bagi saya novel ni umpama gabungan 2 drama korea yang amat saya minati iaitu The Master's Sun dan The Innocent Man. Padat dengan persoalan, aksi dan misteri. Ditambah pulak dengan plot twist... memang ummph~! Nikmat! Walaupun saya dah boleh agak siapa sebenarnya Hafiy dan "Dia" dari awal cerita, saya masih rasa teruja ketika penulis mendedahkannya. Banyak juga ilmu yang saya peroleh daripada novel ni terutamanya dalam bidang psikologi.

Satu je yang tak syok. Novel ni mengandungi banyak watak kecil tapi sangat penting dalam pembentukan jalan cerita dan saya pulak baca novel ni sekerat-sekerat. Jadinya saya banyak kali lost apabila watak-watak kecil ni buat comeback pada bab-bab belakang. Kena kerah otak sikit untuk recall siapa watak-watak ni dan apa kaitannya dengan Lyssa.

Overall, bagi saya novel ni lebih kuat mysterious vibe-nya berbanding romance. Tapi romance yang disajikan tetap manis, secubit pun tak kurang gula. Saya jarang baca novel bergenre macam ni. It feels like breathe of fresh air for me.


Sekian, semoga bermanfaat!


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Ulasan Buku

Ulasan Buku : Perjuangan Sungai Batu - Sebuah Memoir



Tajuk: Perjuangan Sungai Batu : Sebuah Memoir
Penulis: Nur Dini
Penerbit: Patriots Publication
Kategori: Sejarah, Jurnal, Catatan Peribadi, Buku Ilmiah

Sebagai pencinta sejarah, boleh saya katakan buku ni memang "a must-have"lah. Lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan sejarah Sungai Batu atau Kedah Tua secara dekat. Buku ini menyingkap perjalanan penulis sebagai salah seorang tonggak utama yang menyumbang kepada pembukaan tapak arkeologi Sungai Batu kepada umum - tanpa mengenepikan sumbangan besar pihak lain antaranya pasukan pengkaji dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) USM.

Pelbagai rintangan dalaman dan luaran terpaksa diharungi oleh penulis dalam perjuangan memartabatkan sejarah Sungai Batu. Sokongan keluarga yang kian pudar. Salah faham antara teman sepasukan. Kancah politik yang membelit. Isu dana dan sumber kewangan. Gangguan mistik yang menguji daya spiritual. Dalam erti kata lain, penulis telah diserang bertubi-tubi dari segala sudut!

Tapi, kalau Allah dah kata "jadi", maka jadilah.
Tak ada siapa boleh menghalang kehendak Yang Maha Berkuasa.

Tapak arkeologi Sungai Batu akhirnya dibuka dan menerima pengiktirafan daripada pakar-pakar arkeologi yang mewakili lima tamadun dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Greek-Rome. Menurut penulis, kejayaan manis ini adalah hasil titik peluh banyak pihak, bukan hanya penulis seorang semata-mata. Apa yang saya faham, penulis kini sudah tidak lagi terlibat secara langsung dengan Sungai Batu dan menumpukan perhatian kepada kehidupan peribadi. Namun jasa yang dilimpahkan perlulah terus diingati, dihargai dan dicontohi.

Bagi saya, buku ni memang sangat membuka mata. Barulah saya tahu betapa sukarnya jalan yang perlu dirintangi oleh pihak-pihak di belakang tabir demi mengangkat martabat Sungai Batu. Buku ni sedikit sebanyak menyemarakkan semangat dan buat saya rasa terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab dalam menaikkan nama Sungai Batu biarpun saya hanya rakyat biasa yang tak ada kaitan pun dengan bidang sejarah.

Lagipun, kita kan "Penyambung Warisan", seperti kata Allahyarham Haji Sudirman dalam bait lagunya. Marilah kita sama-sama cakna, ambil tahu dan berikan sokongan padu kepada sejarawan-sejarawan kita yang tak henti-henti berjuang demi anak bangsa.

Sekian, semoga bermanfaat!



Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Ulasan Buku

Ulasan Buku : Deja Vu



Tajuk: Deja Vu
Penulis: Nurul Ain Syuhada
Penerbit: Penulisan2u
Tema: Cinta, kekeluargaan, fantasi, a bit of action and thriller

Ringkasan plot (**Spoiler Alert!)
Mareeya bukan gadis biasa. Dia mampu melihat masa depan seseorang melalui anak mata. Namun keistimewaan itu tiba-tiba lenyap ketika matanya saling bertentangan dengan Luth Ilyas. Bagai jatuh ditimpa tangga, perkahwinan yang dirancang bersama Luqman pula dibatalkan tanpa sebab yang jelas. Mareeya yakin Luth Ilyas ialah kunci jawapan yang bisa meleraikan segala kekusutan. Lantas dia nekad mengahwini lelaki itu agar kebolehannya yang hilang dapat dikembalikan. Tanpa diduga, perkahwinan itu telah merungkai lebih banyak rahsia termasuklah hubungan silam antara Luth Ilyas dan kakak kandungnya, Mardiyah serta kematian ibu bapa Luth Ilyas yang ada kaitan dengan Mareeya sendiri.

Memorable quotes
H jmdv hs v;r knud vgdm H chcm’s eddk ;mx o;hm hm xntq oqdrdmbd ats hm xntq ;ardmbd H edks ;arnktsdkx dudqsghmf

A game note: Shift all the letters in the alphabet one place to the right. Eg, A becomes B, B becomes C, and C becomes D.
H knud xnt = I love you.
Letter before A is ;

Goodluck!

Komen dan ulasan
Sejujurnya saya dah lama sangat tak baca novel Melayu. Kali terakhir semasa zaman universiti rasanya, sekitar tahun 2011-2015. Mungkin sebab otak saya kusut dok memikirkan masalah seharian jadi mood nak membaca tu lenyap. Alhamdulillah lately kehidupan dah  kembali stabil dan saya ambil keputusan untuk menghidupkan semula hobi yang dah lama terkulai sepi.

Apa yang buat saya tertarik nak baca novel ni ialah unsur fantasi yang diselitkan penulis. Masa mula-mula baca sinopsis, rasa macam, "Eh, ada persamaan dengan K-drama Another Oh Hae Young." Tapi bila dah baca the whole novel… Wow, totally two different things!

This novel has a bit of everything from fantasy, drama and action. Penulis juga berjaya menerapkan nilai ilmiah especially tentang dunia medik. Babak-babak di hospital terasa real. Saya juga suka kesantaian dan momen-momen lucu yang disajikan dalam novel ni. Selalu tersengih sorang-sorang bila baca. Watak Luth Ilyas memang “lelaki idaman” sangat~~

Tapi ada juga beberapa bahagian yang buat saya jungkit kening sikit. Antaranya, bagaimana Luth dan kakaknya Intan membahasakan diri mereka sebagai “I” dan “You” bila berbual. Tak pernah jumpa adik-beradik cakap “I” dan “You” sesama sendiri in daily life so terasa agak janggal bila membaca babak-babak mereka hahahaha! Secondly, saya rasa watak Mardiyah mungkin boleh ditambah back story. Macam mana dia boleh jadi “kejam” sampai macam tu sekali sedangkan saya rasa orang sekelilingnya sangat supportive dan baik-baik sahaja termasuklah her ex-husband. Lastly, apa yang buat kening saya paling terjungkit sekali ialah the fact that Mareeya dah pun selamat jadi mak buyung tapi masih belum pernah cakap ‘I love you’ dekat suami sendiri…?? Hahahahaha how, what, whyyy gurl?

Secara keseluruhan, novel ni sebuah novel yang fun, ringan dan sangat sesuai untuk bacaan santai. At first bila saya tengok kulit depan dan baca sinopsis, saya sangka it’s gonna be quite dark but naaahh masih sebuah karya madu lebah bersarang semut. Manis! Saya rasa novel ni satu pilihan yang tepat sebagai pemula untuk saya kembali membaca novel-novel Melayu lain.

Sekian, semoga bermanfaat!


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Travelog

Trip to Sungai Batu : Menjejak Tamadun Besi Yang Hilang

Masih ramai yang belum tahu tentang kewujudan Sungai Batu sebagai tapak peninggalan tamadun tertua di Asia Tenggara.

Ya, tertua di Asia Tenggara.

Lebih tua daripada Angkor Wat di Cambodia.
Lebih tua daripada Candi Borobodur di Indonesia.
Lebih tua daripada Taj Mahal di India.
Lebih tua daripada Machu Picchu di Peru.
Lebih tua daripada Petra di Jordan.

Oh the list goes on...

Wujud sekitar 788SM (berdasarkan fakta semasa, can be older), saya menganggarkan Sungai Batu berkongsi dimensi masa dengan kerajaan neoAssyria di Mesopotamia. Di saat Raja Nebuchadnezzar II sedang menanam benih-benih pokok Taman Tergantung Babylon, Sungai Batu sudah pun berdiri macho dengan industri besinya yang ampuh jauh di sebelah timur.

Sejarah Penemuan Sungai Batu 
Segalanya bermula pada tahun 2007 apabila Jabatan Warisan Negara mengarahkan USM untuk ke Lembah Bujang bagi menyediakan data-data berkaitan supaya Lembah Bujang dapat dijadikan pusat pelancongan di bawah projek Koridor Raya Utara yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Semasa proses kajian dilakukan oleh USM, timbul satu perasaan ingin tahu mengapa tinggalan-tinggalan sejarah yang ada di Lembah Bujang semuanya berusia selepas Masihi sedangkan perairan Selat Melaka sudah pun menjadi laluan para pedagang sejak sebelum Masihi lagi. Pihak pengkaji USM pun membuat kajian lanjut dan mereka dapati bahawa kawasan Lembah Bujang sebenarnya masih berada di bawah paras laut pada abad pertama hingga abad ke-3 Masihi. Kawasan daratan yang berada betul-betul di tepi pantai pada waktu itu ialah Sungai Batu.

So, more and more research were being held hinggalah pihak pengkaji berjaya mengenal pasti 97 tapak berpotensi untuk aktiviti arkeologi. Sampai hari ni, kerja-kerja penyelidikan masih giat dijalankan di sekitar Sungai Batu walaupun beberapa tapak telah berjaya dibuka untuk kunjungan umum.

Pakej Arkeo-pelancongan oleh USM
Bagi saya, menggunakan khidmat lawatan berpandu adalah cara terbaik untuk menikmati trip berunsur ilmiah macam ni. Kalau tak, sure akan terpinga-pinga dan lost. Saya mengetahui tentang pakej arkeopelancongan ni daripada page FB Sungai Batu. Boleh juga layari link berikut untuk info lanjut:

http://arkeologi.usm.my/archaeotourism/ms/sungai-batu.html




Disebabkan saya terlampau-lampau ingin merasai pengalaman ekskavasi, saya ambil Pakej Lengkap seperti yang bertanda merah dalam poster atas. Itulah item dalam bucket list yang paling saya ingin tunaikan. Nak jadi Indiana Jones!

Lebih kurang sebulan sebelum trip saya dah siap-siap contact the person in charge iaitu En. Shyeh untuk pertanyaan dan booking. Saya risau tak dapat ambil Pakej Lengkap sebab saya datang berlima saja dengan kawan-kawan rapat. Bukan rombongan Cik Kiah yang datang satu bas. Selalunya pakej macam ni perlukan sekurang-kurangnya 10 orang peserta. Alhamdulillah En. Shyeh jenis yang boleh kawtim dan bawak bincang. Datang berlima pun no hal. Ekspedisi boleh jalan~ Siap dapat harga promo lagi.

The Road-Trip
Saya bertolak ke Sungai Batu dari rumah kawan di Penang sekitar pukul 9.30am. Sampai di destinasi lebih kurang pukul 10.20am. Jarak Penang ke Sungai Batu lebih kurang 60km. Memang sengaja datang pagi untuk elak cuaca terlalu panas.

Tapak peninggalan Sungai Batu terletak di dalam ladang kelapa sawit, bersebelahan jalan besar. Dari kejauhan kita dah boleh nampak khemah-khemah beratap zink yang didirikan di kiri dan kanan jalan. Kalau kurang peka, boleh salah sangka bahawa lokasi tersebut sebuah tapak construction.


Ekspedisi Merentas Waktu
Sebaik saja saya dan kawan-kawan tiba di Sungai Batu, tour guide kami dah pun standby untuk bawa kami menjelajah kawasan sekeliling. Walaupun tour guide akan bagi penerangan yang terperinci tentang Sungai Batu, saya amat galakkan sekurang-kurangnya sedikit bacaan ringkas dilakukan sendiri sebelum datang ke sini supaya lebih senang untuk kita faham dan gambarkan bagaimana keadaan tamadun Sungai Batu ketika ia masih "hidup" dahulu.



Ini antara lakaran yang boleh didapati di laman FB Sungai Batu sebagai rujukan. Saya juga sempat menonton video gambaran Sungai Batu dalam bentuk grafik 3D. Bagi saya, material-material ni sangat membantu untuk lebih menghayati perkembangan sejarah tamadun Sungai Batu ketika tour guide menerangkannya kepada kami.

Tapak Pemujaan
Antara monumen terawal yang kami lihat ialah tapak pemujaan. Menurut kajian, binaan berasaskan bentuk bulatan belum pernah ditemui di mana-mana tamadun lain di dunia. Apa yang ada di Sungai Batu is unique and one of a kind. Cool kan!

Jadi, pegangan agama sebenar masyarakat Sungai Batu masih menjadi topik perbincangan dan perdebatan sejarawan dan para peminat sejarah. Teori yang disepakati buat masa ni ialah pegangan animisme. Selain itu, kedudukan bahagian utara tapak pemujaan yang menghadap Gunung Jerai menunjukkan gunung tersebut mempunyai makna signifikan dalam ritual agama.

Tapak pemujaan

Tapak jeti dan tapak pentadbiran

Sejumlah 8 buah jeti dan 12 bangunan yang dipercayai berfungi sebagai pejabat pentadbiran berjaya dijumpai di Sungai Batu. Ini jelas menunjukkan wujudnya kegiatan eksport antara Sungai Batu dan tamadun luar. Yelah kan, kalau tak, buat apa nak susah-susah bina jeti banyak-banyak lengkap dengan administration office dan warehouse segala. Sudah tentu ada demand yang tinggi dari luar.

Salah satu tapak jeti

Kesan runtuhan tapak pentadbiran

Tapak peleburan besi
Hasil penemuan arkeologi telah menunjukkan bahawa kegiatan peleburan besi dijalankan dengan begitu intensif dan berskala besar di Sungai Batu. Relau digunakan untuk meleburkan besi dengan suhu yang amat tinggi iaitu sekitar 1200-1600 darjah Celsius. Penemuan tuyere dalam kuantiti yang tak terhitung banyaknya turut membuktikan Sungai Batu merupakan pusat perindustrian yang sangat pesat.


Tompok-tompok hitam di atas tanah merupakan sisa bijih besi tinggalan tamadun Sungai Batu

Relau tulen yang dijumpai di Jeniang sebelum dibawa ke Sungai Batu

Stor Tuyere
First of all, apa itu teyere? Macam mana nak sebut perkataan ni?

Tuyere ialah sejenis alat berbentuk seakan-akan botol atau paip yang membolehkan angin ditiup masuk ke dalam relau untuk mengawal api. Bagi saya sebutannya sama seperti menyebut kalimah "dua tahun" dalam bahasa Inggeris iaitu "two-year". Alat ini dinamakan "tuyere" bersempena nama sebuah kampung di Perancis di mana tuyere pertama kali ditemukan.

Apa yang menakjubkan, di stor Sungai Batu ini sahaja, ahli sejarah telah menjumpai lebih kurang 2 juta buah tuyere! Sedangkan di kampung Perancis tadi hanya ada 20 buah tuyere sahaja. Nak buat macam mana, orang Perancis jumpa tuyere dulu so dapatlah nama tu kat diorang... Walau macam mana pun, dengan keluasan tamadun Sungai Batu yang dianggarkan 1000km persegi, saya percaya banyak lagi relau, tuyere dan artifak berharga lain masih tertimbus di dalam tanah, waiting to be discovered by us. InsyaAllah, satu hari nanti. Semoga Allah bagi keizinan.

Longgokan tuyere

Tapak Percubaan
Apabila menemui kawasan-kawasan yang berpotensi, trial excavation akan dilakukan untuk mendapatkan kepastian apakah kawasan tersebut layak digali lebih jauh. Tapak yang digunakan untuk trial excavation inilah yang dipanggil tapak percubaan. Kesan-kesan trial excavation memang satu pemandangan yang tak asing sepanjang kami menelurusi kawasan ni. Ada yang rupa macam lohong tanah segi empat, ada yang rupa macam dam aji.



Bangkai Kapal di Sungai Kuno
Menurut tour guide, dianggarkan 10 buah kapal sedang berada di dasar tasik ini yang dahulunya sebahagian daripada Sungai Kuno. Kalau kapal-kapal ni berjaya dikeluarkan, kita akan dapat membongkar banyak lagi informasi penting tentang Sungai Batu dan ini semestinya akan melonjakkan nama Sungai Batu, sekaligus meletakkan sejarah negara kita on a new different level.


Tapi kosnya akan menelan belanja bernilai jutaan ringgit memandangkan kita masih tak memiliki teknologi dan kepakaran khusus untuk mengendalikan proses rumit ni. Yelah, kalau tersilap langkah, boleh berkecai kapal-kapal kuno ni. Siapa nak jawab kan?

Aktiviti 1 : Peleburan Besi
Disebabkan kami telah spent time a bit longer than expected untuk lawatan berpandu, kami tak dapat menjalankan baki-baki aktiviti yang disediakan dengan sepenuhnya. Lawatan berpandu selesai kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika matahari sedang terpacak tegak atas kepala. Semua orang berpeluh dan kepanasan, nak buat aktiviti pun dah tak ada kudrat.


Jadi, untuk Aktiviti Peleburan Besi ni, kami hanya mendengar penjelasan daripada staf yang bertugas. Sebenarnya petugas-petugas ni dah lama tunggu kami sehingga api yang dihidupkan pada relau dah terpadam. So nak buat demonstrasi pun tak lepas...

Tak apalah, kami pun dah tak larat nak berlama-lamaan di bawah terik matahari apatah lagi untuk tunggu mereka hidupkan balik api. Dapat dengar penjelasan pun dah cukup puas hati sangat. Lagipun, penjelasan yang diberikan memang sangat detailed, fun and informative. So takdelah rasa terlalu "rugi" atau missed out.

Aktiviti 2 : Pembuatan Bata
Aktiviti Pembuatan Bata dijalankan di kawasan berbumbung, maka "selera" saya untuk ambil bahagian dalam aktiviti pun datang kembali. Kawan-kawan masih belum berselera jadi mereka hanya melihat dari tepi sambil memikul peranan sebagai penyokong dan jurugambar peribadi buat saya. Hahahaha sekurang-kurangnya ada juga fungsi!

Demonstrasi pembuatan bata oleh staf yang bertugas

Bahan utama yang digunakan oleh masyarakat Sungai Batu dalam pembuatan bata ialah tanah liat, sekam padi, kulit cengkerang dan pasir laut. Setelah dicampurkan dengan air, adunan tersebut akan dimampatkan ke dalam bekas pencetak lalu dipotong mengikut bentuk dan ukuran yang ditetapkan. Bongkah yang terhasil akan dijemur sebelum dibakar dengan suhu 500 darjah Celcius.

Aktiviti 3 : Hands-On Excavation
Inilah aktiviti yang paling dinanti-nantikan! Kawan-kawan pun turut sama teruja untuk ikut serta. Aktiviti ni dijalankan di dummy site yang disediakan khas untuk kegunaan pengunjung. Dalam erti kata lain, para petugas memang dah siap-siap tanam "khazanah" di dalam dummy site ni jadi misi kami tinggal GALI SAMPAI DAPAT!


Kami bebas memilih satu petak kuadran untuk setiap seorang tapi kami ambil keputusan untuk berkongsi satu kuadran saja demi menjimatkan masa memandangkan hari semakin petang dan azan Zohor sudah pun berkumandang. Sebelum bermula, setiap orang dibekalkan satu set peralatan menggali. Kemudian staf yang bertugas memberikan taklimat ringkas dan menunjukkan cara-cara menggali tanah. Kami tak berapa clear dengan penjelasan yang diberikan sebab masing-masing dah excited, dah main redah je gali ikut suka hati!


Boleh tahan dalam juga tanah yang kami gali sebelum berjaya menemui "khazanah" yang tersembunyi. Bila dah jumpa, semua berebut dan menjerit "Aku punya! Aku punya!"  Last-last kena tegur dengan akak archaeologist sebab kalau ikut cara yang betul, kami tak sepatutnya keluarkan "khazanah" yang dijumpai tersebut. Instead, we should just brush off all the soil around so that we can see and preserve the real nature of the artifact. Haa gittew~~

Jadi archaeologist olok-olok pun dah excited,
tak dapat bayangkan perasaan sejarawan sebenar bila ada penemuan baru.

Keturunan Ironman
Semua orang mesti familiar dengan sebaris rangkap dalam lagu patriotik Keranamu Malaysia: "Pakar IT, Pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan...." Dalam konteks berbeza, lagu ni memang cocok benorrr dengan tamadun Sungai Batu. Industri besi yang pesat dan canggih membuktikan Sungai Batu memiliki ilmuwan dan geligawan yang cerdik lagi bijaksana! Antaranya:

Ahli geologi
- yang bijak mengolah hasil galian setempat (bijih besi) untuk dijadikan sumber industri global.
Saintis / Ahli kimia 
- yang pandai memanipulasi suhu api menggunakan sumber asli seperti cengkerang dan pasir pantai
Jurutera
- yang pintar membina bangunan berasaskan bata yang kukuh dan tahan lama tanpa menggunakan paku.
Arkitek 
- yang mahir merancang struktur pembangunan kota atau urban planning dan menyediakan pelbagai prasarana untuk kemudahan pedagang dan penduduk setempat.

Kata penjajah, orang Melayu nak cipta sebatang jarum pun tak reti. Sekali hambik kau, nenek moyang kita ironman kot!

Sampai sekarang orang masih tertanya-tanya siapalah pemerintah Sungai Batu ni. Semestinya seorang tokoh visionary yang berwawasan dan berpandangan jauh. Adakah Sungai Batu sebuah tanah taklukan atau sebuah empayar yang berdiri dengan kekuatannya sendiri? Bagaimana pula dengan strafikasi atau hirarki sosial rakyat Sungai Batu seperti kelas bangsawan, kelas agamawan, kelas buruh, kelas hamba dan sebagainya? Teruja sangat nak tahu segala-galanya tapi apakan daya, selagi tak jumpa tulang rangka manusia mahupun sumber catatan bertulis yang jelas, selagi itulah hal ini akan terus... diselubungi misteri~~

Wasiat Si Besi dan Si Bata
Pada pendapat saya, penemuan Sungai Batu seharusnya menjadi eye-opener dan juga wake up call kepada kerajaan dan juga rakyat Malaysia sendiri. Sejarah yang tertulis dalam buku teks telah men-diskaun-kan nilai sebenar keagungan bangsa Melayu hingga jatuh menjunam ke paras yang memalukan. Usaha untuk rewrite the history amat diperlukan dengan kadar segera.

Sesungguhnya penemuan Sungai Batu memberitahu kita satu peringatan penting:
Bahawasanya tamadun Melayu tidak bermula dengan Kesultanan Melaka.

Melayu bukanlah golongan pendatang dari tanah seberang yang kononnya bernasib baik kerana "discover" tanah ini lebih awal berbanding golongan lain lalu proklamasi diri sendiri sebagai tuan tanah. Nope. Hakikatnya dari dulu lagi Melayu memang sentiasa tinggal bertebaran di serata nusantara. Sana, sini atau situ.

It has always been our home!

Negara kita memang kaya dengan sejarah underground, literally and technically. Golongan yang sudi menggali harta karun ni, not surprisingly, hanyalah geng-geng history geek sahaja. Kalau tak follow page sejarah di laman sosial contohnya The Patriots, sure tak pernah dengar pun pasal Sungai Batu ni. Even my bestfriend who lives in Penang misunderstood that I wanted to visit Lembah Bujang instead. Itulah sajalah tempat bersejarah yang dia tahu di Kedah. Sungai Batu? Oh, wilayah asing mana tu?

It's not her fault tho. After all, Sungai Batu baru saja menjelmakan diri sedekad lalu. Ibarat naga yang baru jaga dari tidur. Ibarat burung phoenix yang baru bangkit dari abu. Personally I do not own anything worthy to offer to Sungai Batu. I don't have the resources, I don't have any special access, I don't have the right qualification. Saya hanya orang biasa yang ditakdirkan untuk jatuh cinta dengan ilmu sejarah. Walaupun serba kekurangan, saya akan terus menyokong dan sentiasa mendoakan kebangkitan Sungai Batu agar lebih ramai orang mengetahui dan menghargainya.

Sekian, semoga bermanfaat!

**Disclaimer : Sebahagian fakta dalam entri ini dicedok daripada buku "Perjuangan Sungai Batu : Sebuah Memoir" tulisan Nur Dini terbitan Patriots Publication.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

Powered by Blogger.