Penulis: Lily Haslina Nasir
Penerbit: Penulisan2u
Tema: Percintaan, kekeluargaan, politik
Penerbit: Penulisan2u
Tema: Percintaan, kekeluargaan, politik
Bil. Muka Surat : 634
Ringkasan plot (**Spoiler Alert!)
Yasmin dan Ziyad dua pejuang yang sama berani, sama taat tetapi mereka berjalan atas landasan yang bertentangan. Yasmin berjuang menentang pentadbiran politikus yang zalim sedangkan Ziyad, kepada politikus itulah khidmat baktinya dicurahkan.
Biarpun Ziyad meluahkan perasaannya pada Yasmin dan sering melindungi wanita itu daripada ancaman bahaya, hati Yasmin tidak mudah dileburkan dengan kata-kata manis. Kalau benar Ziyad lelaki yang baik, mengapa dia tunduk dan membutakan mata pada setiap kekejaman yang dilakukan majikannya?
Yasmin tidak sedar, hakikatnya Ziyad mempunyai alasan dan agenda tersendiri.
Sesungguhnya kebencian Yasmin pada Datin Nailah dan Datuk Adnan telah berakar sejak dia kecil lagi. Ayahnya sering diugut dan diserang demi kepentingan peribadi kedua-dua manusia durjana itu. Yasmin terpaksa menjauhkan diri demi menjamin keselamatan ayahnya.
Memorable quotes
Bagi saya, Tuhan telah menunjukkan bukti. Rohnya diangkat ketika masih dalam khidmat pada negara ini. Itu satu kemuliaan. Kini jenazahnya ditunggu oleh ribuan manusia dengan penuh penghormatan. Allahyarham, bukan saja terkenal dalam kalangan penghuni dunia, tetapi terkenal juga dengan penduduk langit. Inilah kematian yang menginsafkan. Inilah kematian yang menghidupkan jiwa kita, membuka segala yang terhijab.
(Muka surat 137)
Jangan nangis. Benda yang sudah, jangan biar dalam hati. Nanti kita sakit sendiri. Lepaskan.
(Muka surat 183)
(Muka surat 183)
Jujur itu pahit, ikhlas itu pahit dan sabar itu sesekali menumbuhkan sengsara. Tapi semua itu penawar dan penyembuh segala masalah.
(Muka surat 206)
(Muka surat 206)
Benarlah kata orang, mencintai seseorang dalam diam ada waktunya itu yang paling indah, afdal dan terbaik. Kita tak perlu bimbang akan penolakan. Semoga Tuhan menjaga engkau, Yasmin!
(Muka surat 283)
(Muka surat 283)
"Tanda kita hormat peranan ibu. Bukan ke ibu tu jantung rumah, pengelola rumah, penyeri keluarga? Sebab tu bahagian utama kita panggil rumah ibu."
(Muka surat 337)
(Muka surat 337)
Banyak cara Allah mahu mengasuh hati kita yang masih belum bersih. Kau dan aku dibawakan pancingan yang berupa hasutan, godaan mahupun sanjungan; saat diyakini kita sangat tulus. Kadang-kadang dalam kita berdukacita, kecewa atau bungkam dengan jurus pandang orang lain terhadap ketulusan tadi, Tuhan bawa cahaya menuntun kesedaran."
(Muka surat 340)
(Muka surat 340)
"Ikhlas tu ada di mana-mana. Pada cahaya di langit, pada cahaya rahmah, pada cahaya hikmah. Kita mungkin tak dapat lihat, tapi kalbu kita boleh rasa semua tu."
(Muka surat 341)
(Muka surat 341)
Apa ertinya permata berharga, kalau hidup disalut dusta?
(Muka surat 357)
(Muka surat 357)
Jangan seronok dengan pujian, jangan takut dengan celaan. Pujian manusia tak akan selamatkan kita di hari berlakunya huru-hara dahsyat nanti. Celaan manusia juga sedikit pun tak beri mudarat pada kita.
(Muka surat 422)
(Muka surat 422)
Bulan jatuh ke jari menjadi cincin pernikahan ini, bintang bergemerlapan menjadi kerongsang di dada dan pelangi seribu warna menjadi cucuk sanggul rambut aku yang ikal ini. Semuanya semerbak harum dan memancar cinta syurga.
(Muka surat 460)
(Muka surat 460)
Perjuangan dahulu, kita melawan penjajah. Perjuangan sekarang, sulit... Kita melawan bangsa sendiri yang menjadikan kita korban mereka.
(Muka surat 519)
(Muka surat 519)
Pada setiap titis jernih hujan aku tiupkan doa-doa kudus aku. Semoga hujan yang jatuh ke bumi membawa dingin dan makmur buat jiwa Yasmin. Mudah-mudahan hatinya nan panas bergelora lebih tenang.
(Muka surat 537)
Rumah tangga di dunia ni bukan syurga sebenar. Ada pahit, manis, pedih, lara, sengsara kemudian bahagia atau derita bila timbul pula tak setia dan curang. Kalian yang pegang dayungnya. Kalian yang tentukan halanya. Mahu terus dilambung ombak atau perlahan-lahan mencari pantai. Lebih baik hidup diuji. Kita akan tahu makna setia.
(Muka surat 553)
(Muka surat 537)
Rumah tangga di dunia ni bukan syurga sebenar. Ada pahit, manis, pedih, lara, sengsara kemudian bahagia atau derita bila timbul pula tak setia dan curang. Kalian yang pegang dayungnya. Kalian yang tentukan halanya. Mahu terus dilambung ombak atau perlahan-lahan mencari pantai. Lebih baik hidup diuji. Kita akan tahu makna setia.
(Muka surat 553)
Komen dan Ulasan
Puas hati baca tulisan Lily Haslina Nasir sebab bukan sahaja jalan ceritanya mantap, malah gaya bahasanya sangat indah membelai perasaan. Ziyad dan Yasmin bagi saya dua watak yang saling melengkapi. Ziyad bijak melenturkan kekerasan hati Yasmin, manakala Yasmin ibarat oasis yang mengalirkan kesuburan cinta di gurun hati Ziyad. Ah, seronok sangat baca kisah dua pejuang ni!
Sesiapa yang mengikut rapat perkembangan politik negara, terutamanya sekitar pra-PRU14 yang lepas, pasti akan rasa watak antagonis dalam cerita ni sangat familiar. Beberapa orang ahli keluarga saya berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam jadi kisah-kisah di sebalik tabir dalam kalangan ahli politik agak mesra pada telinga kami. Tak hairan kenapa saya rasa cerita ni digarap berdasarkan kontroversi yang menyelubungi ahli politik tersebut.
Walaupun banyak persamaan dengan kisah hidup ahli politik tersebut, penulis berjaya tampilkan kelainan dan plot twist tersendiri. Saya suka bagaimana isu domestic violence diketengahkan sekaligus buat pembaca rasa berbelah bahagi. Mula-mula rasa geram, lama-lama kesian pulak...
Novel ni juga padat dengan aksi dan saspens. Babak tembak-menembak, kejar-mengejar, letupan, mengintip, menceroboh. Fuh! Dah macam filem blockbuster dah!
Novel ni ada kaitan sikit dengan novel Raid Arjuna tapi kalau tak baca Raid Arjuna dulu pun tak apa. Saya sendiri belum baca Raid Arjuna dan saya tak rasa apa-apa kelompongan pada jalan cerita sebab penulis ada bagi penerangan yang mencukupi tentang perhubungan Raid Arjuna dengan watak-watak dalam novel ni. Yang pasti, lepas habis baca Nefertiti, saya terus order Raid Arjuna di Shoppee!
Sekian, semoga bermanfaat!

0 comments:
Post a Comment